Kerjaya politik Shahrir_bin_Abdul_Samad

Pada tahun 197, beliau telah menjadi setiausaha politik termuda di Malaysia apabila beliau menjadi setiausaha politik kepada Tun Musa Hitam, kemudiannya Timbalan Perdana Menteri. Selepas jawatannya luput pada tahun 1975, beliau menjadi setiausaha politik kepada Perdana Menteri Tun Abdul Razak sehingga 1976. Pertama kali Shahrir mejawat jawatan awam di dalam pilihan raya umum 1978, apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru. Pada mulanya dilantik menjadi Timbalan Menteri, Perdagangan dan Industri, tetapi kemudiannya menjadi Menteri Kebajikan, Pemuda dan Sukan , dan pada tahun 1987 beliau telah mengambil jawatan Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau juga berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri Tun Hussein Onn dari tahun 1983 hingga 1986.[1] Shahrir telah dipecat pada tahun itu di dalam peristiwa-peristiwa yang membawa kepada Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO TunMahathir Mohamad. Pada tahun 1988, Shahrir meletakkan jawatan daripada kerusi parlimennya, dan kemudiannya mencalonkan dirinya untuk dilantik semula sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil kerusi parlimen berkenaan. Setahun kemudiannya, beliau menyertai UMNO semula, manakala Razaleigh keluar untuk membentuk Semangat 46.[2]

Beliau juga kini telah kembali ke Kabinet selepas 22 tahun. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada 18 Mac 2008 tentang pelantikan Shahrir sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Jawatan lain

  • Setiausaha Politik (Allahyarham Tun Dr. Ismail –Menteri Perdagangan & Perindustrian, Tan Sri Musa Hitam – Menteri Perusahaan Utama, Allahyarham Tun Abdul Razak – Perdana Menteri dan Allahyarham Tun Hussein Onn – Perdana Menteri)
  • Setiausaha Parlimen, Jabatan Perdana Menteri (1978-1979)
  • Timbalan Menteri Kewangan (1980-1981)
  • Timbalan Menteri Perdagangan & Perindustrian (1982-1983)
  • Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1985)
  • Menteri Kebajikan (1985-1987)
  • Ahli Exco dan Presiden, Commonwealth Parliamentary Association (CPA)
  • Pengerusi, Jawatan Kuasa Kira-kira wang Negara (Public Accounts Committee atau PCA)
  • Pengerusi, Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
  • Pengerusi, BNBBC
  • Pengerusi/Pengarah Urusan Saske Corporation SDn. Bhd.
  • Pengerusi/Pengarah Urusan Saskevest Sdn. Bhd